Isnin, 12 September 2011

SEJARAH AWAL SOFTBALL DI MALAYSIA

SEJARAH SOFBALL DI MALAYSIA

Pada peringkat awal, permainan ini telah dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika pada tahun 1939, di ASC Kampar, Perak. Sejak itu beberapa pasukan telah dibentuk dan beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan. Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, permainan sofbol telah terhenti. Sungguhpun demikian, ia telah diteruskan oleh askar-askar Jepun yang amat menggemari permainan ini dengan menggunakan bola tennis. Pada tahun 1960, Encik Jack Robinson telah mengadakan klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu, sebagai satu usaha untuk menghidupkan permainan ini. Sejak dari tahun itu permainan ini telah diterima semula tetapi tidak dimainkan secara aktif di seluruh Negara. Berbagai usaha telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini termasuk memasukkannya ke dalam program MSSM. Sungguhpun demikian, ia masih tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari beberapa buah negeri.. Pada akhir tahun 60an, negeri Perak , Selangor dan Pulau Pinang telah menganbil inisiatif untuk mempopularkan semula permainan ini dan telah dimainkan secara aktif di ketiga-tiga negeri ini pada tahun 1970 – 1973. Pada tahun 1972 negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M). Dato’ Sri Hj. Kamaruddin B. Hj. Mohd Isa (Menteri Besar Perak) telah dipilih sebagai pengerusi. Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M) telah didaftarkan pada 16 Mac 1974. Dalam bulan Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak . Kejohanan ini hanya disertai oleh pasukan lelaki dari tiga buah negeri iaitu Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Selepas itu beberapa buah negeri lain turut berminat menganggotai S.A.M termasuk RAAF Sofbol Association of Malaysia. Dalam bulan Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Kejohanan ini telah disertai oleh lima buah pasukan. Malaysia telah memperoleh tempat ketiga. Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol buat pertama kalinya ke luar Negara dengan menyertai Kejohanan sofbol ASEAN di Manila, Filipina. Pada tahun tersebut Kejohanan Sofbol ASEAN untuk wanita pertama kalinya juga telah diadakan. Pada tahun 1979, permainan sofbol telah diterima bgi pertama kali dimasukkan ke dalam sukan SEA. Malaysia hanya menyertai acara lelaki sahaja dan berjaya menduduki tempat ketiga. Pada tahun 1982, Pasukan Sofbol Wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei. Sejak itu, permainan sofbol terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga ke hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan