Rabu, 24 Ogos 2011

PERATURAN2 ASAS SOFTBALL



1. Satu pasukan sofbol terdiri daripada 9 orang pemain untuk memulakan dan meneruskan sesuatu perlawanan.
2. Pemain-pemain padang boleh mengambil posisinya di mana-mana dalam kawasan padang kecuali kecer (penangkap) mesti berada dalam petakkecer dan picer mesti berada di tempat sah untuk memicing.
3. Pemilihan giliran untuk memukul dahulu atau kemudian oleh kedua-dua pasukan yang bertanding ditentukan melalui lambungan duit syiling.
4. Sesuatu pertandingan rasmi hendaklah bermain 7 pusingan atau mengikut peraturan-peraturan pertandingan yang mengawal pertandingan itu.
5. Picing yang sah adalah bola yang dilempar kepada pemukul dengan pergerakan bawah tangan (under arm).
6. Pemukul hendaklah berada dalam petak pemukul untuk membuat pukulannya.
7. Pukulan ‘straik’ dilaungkan pengadil bila bola yang dipic masuk kawasan zon pukulan sebelum tercecah tanah atau pemukul tidak berusaha memukul bola itu.
8. Pelari bes mestilah memijak bes mengikut susunan yang sah (1B, 2B, 3B,PR) apabila membuat larian. Pelarian bes dibenarkan terlajak bes pertama (1B) setelah menyentuhnya tanpa risiko dicecah oleh pemadang.
9. Pelari bes yang terkena bola yang dipukul ketika ia keluar dari besnya dikiramati.
10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan apabila pasukan yang memadang berjaya mematikan pemain ketiga daripada pasukan yang memukul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan