Rabu, 24 Ogos 2011

LAPANGAN SOFTBALL...
padang softball ini terdiri daripada pelbagai jenis ukuran padangnya...ini kerana setiap peringkat umur tidak sama ukurannya..
Padang sofbal berbentuk potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bahagian, Infield, dan outfield.
Di dalam daerah infield terdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan dengan arah jam. Dimulai dari base perumah yang disebut home plate, diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk berlian ini mempunyai ukuran sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan tanah. Di belakang home plate terdapat penghadang yang disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak antara setiap base ditentukan oleh kategori seperti dalam jadual dibawah ini.
JARAK FAST PITCH JARAK SLOW PITCH 60 kaki (18.29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19.81 m) Manakala jarak bagi tempat melempar (pitching) fast pitch dengan home base ditentukan beradasarkan jadual dibawah ini. Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Lelaki Wanita Wanita Lelaki Wanita lelaki 43kaki (13.11 m) 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) 40 kaki (12.19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14.02 m) Jarak melempar (pitching) slow pitch yang ditentukan berdasarkan kepada jadual berikut; Dewasa bawah 18 tahun bawah 15 tahun Wanita Lelaki Wanita Lelaki Wanita Lelaki 50 kaki (14.02 m) 50 kaki (15.24 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m) 50 kaki (14.02 m) 46 kaki (14.02 m)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan